06 January 2012

Awas! Kemalangan Yang Mungkin Berlaku Ketika Berasmara..

Hilang pendengaran (tuli) selepas bercium


Ada kes unik terjadi di Tionghoa, China yang mana seorang wanita muda dilaporkan menjadi tuli setelah kissing dengan kekasihnya. Ciuman dari lelaki itu yang sangat ganas dan 'menyedut' dengan kuat menyebabkan grgendang telinga wanita muda itu pecah dan kehilangan indera pendengarannya.

Stroke selepas di'lovebite' di leher
 
Kes ini terjadi di Selandia baru. Seorang perempuan dihantar ke hospital selepas mengalami kelumpuhan pada bahagian kiri badannya secara tiba-tiba. Doktor yang memeriksa pada mulanya tidak mengetahui penyebab kelumpuhan tersebut sehinggalah doktor itu menemui bekas lovebite di bahagian leher perempuan itu. Lovebite itu dilakukan di leher dekat bahagian arteri (saluran darah) utama. Ini menghalang peredaran darah dan mengganggu proses saraf menyebabkan perempuan itu mengalami kelumpuhan ringan.

Kondom ditemui dalam paru-paru
 
Hal ini berlaku terhadap seorang perempuan di India, setelah penyakit batuknya tidak sembuh selama setengah tahun, akhirnya dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan telah mengejutkan doktor yang memeriksanya kerana terdapat satu kondom di dalam paru-paru perempuan itu. Doktor itu yakin bahawa kondom itu yang menyebabkan batuk dalam tempoh yang lama. Tapi macam mana kondom boleh ada dalam paru-paru? Diyakini bahawa perempuan itu tertelan kondom tersebut semasa melakukan oral seks.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...