23 January 2012

Minuman Sejuk Penyebab Gemuk?


Ramai orang cakap jangan minum banyak air sejuk sebab tidak baik untuk kesihatan. Antara point yang diberikan adalah minuman sejuk boleh menyebab kadar 'penggemukan' badan kita meningkat. Tapi betulkah? Apa kaitan ais dengan lemak penyebab gemuk? Berikut merupakan fakta sains tentang pengambilan minuman sejuk.
Minuman sejuk (berais) yang kita minum akan membekukan makanan yang berminyak yang ada saluran pencernaan kita. Hal ini akan mengganggu proses pencernaan. Pencernaan yang lambat akan menyebabkan kadar metabolisma badan menurun sekaligus menghasilkan penompokan lemak yang tidak dicerna dengan baik. Walaupun dalam kadar yang minimum, pengambilan minuman berais secara tidak langsung boleh menyebabkan badan kita cepat menjadi gemuk.
Bagi penghidap penyakit jantung, minuman berais adalah sangat2 tidak digalakkan. Hal ini kerana air sejuk boleh menyebabkan pembuluh darah mengecut sehingga diameter yang lebih kecil dari rambut manusia. Ini membuatkan aliran darah dari/ke jantung akan terganggu dan menyebabkan derita penyakit jantung bertambah. Oleh itu, penghidap penyakit ini disarankan meminum minuman panas/suam untuk memberikan kesan sebaliknya, pembuluh darah mengembang.
Demikianlah bukti yang menyokong mitos minuman sejuk boleh menyebabkan gemuk.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...