08 January 2012

Bandar Yang Ada Fakta Unik Tertentu


Memang banyak bandar-bandar yang cantik di dunia ni tapi tidak semua ada keistimewaan tertentu kan. Sekarang kita tengok apa bandar yang unik konon2nya tu lah...

1. Bandar berpenduduk paling ramai di dunia
Bandar Tokyo ada lebih kurang 33 juta orang, konon2nya paling ramailah tu. New York, USA dan Sao Paulo, Brazil yang di kedudukan kedua dan ketiga pun hanya 17 juta orang sahaja.

2. Daerah paling besar (luas)
Mount Isa yang terletak di barat laut Queensland, Australia seluas 41000 kilometer. Bukan itu saja, jalan raya bandar ni antara yang terpanjang di dunia, 189km

3. Bandar paling kecil di dunia
Bandar Hum di Crotia, paling kecil dan mungkin juga paling sikit penduduk, 23 orang saja, huhu. Sebenarnya bandar ni sudah lama, dari tahun 1102 lagi, tapi masa tu guna nama Cholm.

4. Bandar paling tua dan paling muda
Paling tua, bandar Jericho (di Arab disebut Ariha) berusia lebih kurang 10 ribu tahun. Bandar termuda, bandar Tel Aviv, yang berusia sekitar 80 tahun. Kebetulan pula, dua2 bandar ni terletak di wilayah timur yang bergolak.

5. Bandar di kawasan tanah paling tinggi
Bandar Potosi di Bolivia terletak di sekitar 4100 meter di atas permukaan laut! Kota ini juga ditetapkan sebagai warisan dunia yang harus dilindungi oleh UNESCO. Bandaran di daratan paling rendah di dunia pula adalah Jericho (juga yg paling tua), 260 meter di bawah permukaan laut.

6. Paling bangunan tinggi
Hong Kong ada lebih dari 7500 bangunan pencakar langit (mavam mana bangunan boleh mencakat langit, saya tidak taulah), lebih banyak daripada di New York.

Itu sajalah untuk kali ni. Kuala Lumpur pula macam mana? bandar paling apa? any suggestion?

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...