1. Otak berwarna kelabu
Otak manusia sebenarnya memiliki bermacam – macam warna, hitam, putih, dan merah. Pada umumnya otak berwarna kelabu, sedikit warna putih dan juga saluran darah yang berwarna merah. Tetapi, otak yang yang diawet berwarna kelabu kerana formaldehida.
2. Manusia hanya menggunakan kurang dari 10% kemampuan otak
Manusia hanya menggunakan sedikit sahaja kemampuan sebenar otaknya. Ramai saintis berpendapat bahawa sekiranya kita dapat menggunakan 100% kemampuan otak kita, maka kita akan dapat melakukan perkara yang luar biasa.
3. Pesan subliminal (separa sedar) dapat mempengaruhi otak
Pesan subliminal adalah proses merangsang sel sensorik yang berada di alam separa sedar disaat seseorang dalam keadaan sadar, iaitu walaupun anda dalam keadaam sedar namun anda tidak tahu sedang mengalaminya.
4. Alkohol membunuh sel-sel otak
Alkohol belum terbukti secara langsung dapat menyebabkan kematian sel otak, sebaliknya kerosakan pada dendritlah yang mengganggu kemampuan sel-sel otak untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Sebahagian besar penelitian menunjukan bahawa kerosakan ini adalah pada reversibel. Pengambilan alkohol berlebihan dapat menyebabkan gangguan neurologi yang disebut sindrom Wernicke-Korsakoff, yang membunuh neuron, menyebabkan amnesia, kebingungan, kelumpuhan, dan bahkan kematian.
5. Orang dewasa memiliki lebih banyak sel otak lebih banyak berbanding kanak-kanak
Jika difikir secara logik, orang dewasa lebih cerdas dan otaknya lebih besar, maka seharusnya memiliki sel-sel otak yang lebih banyak. Pada kenyataannya tidak. Jumlah sel-sel otak anda pada dasarnya tetap sama: sekitar 100 juta. Jumlah ini sama banyak untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Mengapa dikatakan orang dewasa lebih banyak sel otak? hal ini kerana sel-sel lain dalam otak yang tumbuh, seperti sel sekitar neuron menyebabkan saiz otak orang dewasa lebih besar.
6. Otak kiri atau otak kanan?
Otak kiri atau kanan sama baiknya dan sama pentingnya. Jika otak kiri anda lebih dominan maka anda cenderung lebih logik dan rasional, jika apabila otak kanan lebih dominan maka anda cenderung lebih kreatif dan emosional.
Otak kiri dan kanan adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan, kedua-duanya tidak dapat beroperasi sendirian.
7. Otak masih berfungsi sesaat selepas kepala dipancung
Otak manusia tetap bekerja selepas terpisah dari tubuhnya untuk beberapa detik. Doktor percaya bahawa setiap tindakan yang dihasilkan oleh kepala selepas proses pemenggalan adalah refleks otot, dan bukan gerakan sadar dari seseorang. Tanpa oksigen, kesedaran hilang dalam beberapa saat dan otak masuk dalam keadaan koma.
No comments:
Post a Comment