Showing posts with label Tradisi. Show all posts
Showing posts with label Tradisi. Show all posts

05 January 2012

Hari Gawai: Perayaan Kaum Iban di Negeri Sarawak

Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.


Iban

02 January 2012

Makanan Tradisi Kaum Kadazandusun di Sabah

Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini merupakan salah satu keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini. Dalam entri ini, saya menyenaraikan beberapa makanan tradisi bagi suku kaum kadazandusun.

Hinava

Hinava merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum KadazanDusun di Sabah. Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi). Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...