28 January 2012

Banpo Bridge - Jambatan Yang Cantik Dan Unik

Jambatan Banpo (Banpo Bridge) adalah jambatan utama di pusat bandar Seoul yang melalui Sungai Han, Korea Selatan, menghubungkan Seocho dan daerah Yongsan. Jambatan Banpo terletak di atas Jamsu Bridge, membentuk jambatan "dua tingkat". Apabila paras air naik terlalu tinggi, Jambatan Jamsu akan ditenggelami air dan ditutup. Apa yang menarik tentang jambatan ini adalah The Moonlight Rainbow Fountain, pancutan air terpanjang  di dunia  yang memasuki Guinness World Record. Untuk mencantikkan pemandangan terutamanya pada waktu malam, hampir 10,000 LED dipasang di kedua-dua belah jambatan yang sepanjang 1140 meter itu. Fountain itu memancutkan  190 tan air per minit. Air dipam terus dari sungai itu sendiri dan secara berterusan dikitar semula. Jambatan tersebut mempunyai 38 pam air dan 380 muncung ke atas di kedua-dua sisi jambatan. Dibawah ini adalah gambar-gambar menarik dari jambatan tersebut:











1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...