30 September 2012

Fakta Tentang Tembok Besar China


Tembok Besar China merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Kini, ianya menjadi salah satu tempat tumpuan perlancongan di negara China.

Berikut merupakan sedikit fakta tentangnya:


Siapakah yg membina Tembok Besar China?

Tembok Besar China dibina pada 221 SM oleh raja Qin Shi Huangdi semasa pemerintahan dinasti Qin. Tujuan pembinaannya adalah sebagai kubu untuk menghalang serangan daripada suku nomad Hsiung Nu dari utara China. Pekerja pembinaan terdiri daripada penduduk sekitar, banduan dan juga para tentera. Dalam 200 tahun berikutnya, tembok ini diperbaiki dengan penambahan meriam dan juga menara pengawal.

Di mana letak Tembok Besar China?

Tembok berada di sepanjang Shanhaiguan bahagian timur hingga ke Lop Lake bagian barat. Panjangnya mencapai 8852.8 km. Tingginya adalah 30 kaki dan selebar 15 kaki.

Tembok Besar terbuat dari apa?

Pada awal pembinaannya,ianya dibina daripada batu dan kayu. Penggunaan batu-bata digunakan kemudian. Pengguanaan kayu dan batu pada awal pembinaan adalah kerana ianya mudah didapati.

Berapa lama ini dibangun?

Menurut kajian, pembinaannya dimulakan sekitar tahu 6SM dan 7SM. Namun tidak dapat dipastikan siapa yg benar2 memulakannya. Semasa pemerintahan dinasti Qin, banyak perubahan yg dilakukan terutamanya bahan binaannya.

Like FB BlogSanaSini utk update terkini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...