24 April 2013

10 Sebab Menderma Darah


01. Anda boleh menyelamatkan nyawa

Setiap kali menderma darah, anda dapat menyelematkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekaligus memberi faedah kepada kedua - dua penderma dan penerima. 

02. Lebih mengetahui darah anda

Selain dapat mengetahui kumpulan darah, darah penderma juga akan diuji di makmal sebelum diberikan kepada pesakit. Ini membolehkan anda dapat mengetahui sekiranya terdapat jangkitan atau masalah lain pada peringkat awal.

03. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pendermaan darah dapat mengurangkan sedikit besi dalam darah kita. Selain itu, pendermaan darah juga membantu badan mengawal tahap kolesterol.

04. Penyakit kronik

Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah pesakit. Satu - satunya cara mengatasi masalah ini adalah memindahkan darah kedalam badan pesakit secara konsinten. Selain itu, pesakit kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah jika tiada sesiapa yang ingin menderma darah, apa akan terjadi kepada mereka?

05. Darah tidak disimpan selamanya dalam badan

Setiap darah yang diderma hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu, pendermaan darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.

06. Mudah dan selamat

Tidak ada yang perlu ditakuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional. Anda tidak akan merasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan lain yang digunakan hanya digunakan sekali sahaja.

07. Meneruskan kehidupan normal

Kandungan besi dalam darah membawa oksigen dan hormon - hormon lain ke seluruh badan. Ini sangat - sangat membatu pesakit agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

08. Mengurangkan risiko strok otak

Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit strok otak dari 35 - 85%!

09. Kepuasan

Menderma darah adalah seperti melakukan kerja khidmat komuniti yang lain. Perasaan gembira hadir secara tidak langsung selepas kita menolong orang lain.

10. Menjadi lebih produktif dan berkesan

Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48 - 72 jam. Walaupun sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, efektik dan segar. Oleh itu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan.

Like FB BlogSanaSini utk info terkini

2 comments:

  1. Betul! baru menderma darah untuk yg pertama kali...rasa nak menderma darah lagi :) salam singgah

    ReplyDelete
  2. Teringin nak derma tapi tengok jarum pun dah pening. Hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...