06 July 2014

Fakta Tentang Otak


01. Otak yang kelihatan seperti longgokan spageti yang besar merupakan benda yang paling menakjubkan di alam semesta.

02. Berat purata otak lelaki lebih tinggi berbanding perempuan.

03. Setiap manusia mempunyai bentuk kedutan yang unik di bahagian korteks serebrum otak masing - masing.


04. Berat purata otak perempuan adalah 2.5% daripada berat badan mereka, manakala lelaki pula adalah 2% daripada berat badan. Walaubagaimanapun, otak lelaki lebih berat kerana purata saiz badan lelaki lebih besar berbanding perempuan.

05. Pembedahan otak boleh dilakukan walaupun pesakit dalam keadaan sedar kerana otak mempunyai sangat sedikit reseptor sakit. Pesakit tidak akan merasa sebarang kesakitan semasa proses itu.

06. Otak manusia mempunyai 100 000 000 000 (100 bilion) neuron. Setiap neuron berhubung dengan kira - kira 25 000 neuron lain.

07. Neuron atau saraf membawa isyarat dalam bentuk elektrik ke seluruh badan manusia dengan kelajuan sehingga 100 meter sesaat.

08. Semasa dalam rahim ibu, otak anda menghasilkan 250000 sel saraf setiap saat. Penghasilan saraf berkurang secara drastik selepas dilahirkan dan semasa anda berumur 10 tahun, separuh daripada sel saraf otak yang dihasilkan telah mati.

09. Semasa anda tidur, badan anda seakan-akan lumpuh kerana otak menghasilkan hormon yang menghalang anda melakukan sesuatu tanpa sedar.

10. Lebih kurang 12% orang bermimpi dalam warna hitam dan putih sahaja.

Like FB BlogSanaSini utk update terkini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...