19 March 2012

Pemain Bola Sepak Yang Meninggal Semasa Bermain


Pemain Bolton Wanderes, Fabrice Muamba jatuh pengsan ketika bermain menentang Tottenham Hotspurs semasa perlawanan suku akhir piala FA pada 18 Mac lalu. Muamba pengsan pada minit ke-42. Fabrice Muamba segera dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Pengadil perlawanan, Howard Webb kemudiannya menghentikan perlawanan tersebut. Berikut ini merupakan antara 10 pemain bola sepak yang meninggal ketika dalam dalam perlawanan:

1. Marc-Vivien Foe
Pemain kebangsaan Cameron ini pengsan semasa bermain dalam piala konfederasi 2006 pada 26 Jun 2003 di Lyon. Foe disahkan meninggal dunia sejurus kemudian.

2. Antonio Puerta
Pemain Sevilla tersebut mengalami jantung gagal berfungsi ketika menentang Getafe pada 28 Ogos 2007 semasa perlawanan pembukaan La Liga.

3. John Tomson
John Tomson merupakan bekas penjaga gol Celtic yang meninggal setelah berlanggar dengan pemain Glasgow Rangers ketika perlawanan Old Firm di Stadium Ibrox pada 5 September 1931. John Tomson meninggal dunia pada usia 22 tahun.

4. Hugo Cunha
Pemain tengah Uniao Leiria ini meninggal semasa perlawanan persahabatan pada Jun 2005. Hugo Cunha meninggal dunia pada usia 28 tahun.

5. Marcio Dos Santos
Meninggal dunia pada Oktober 2002 akibat serangan jantung beberapa jam selepas dia menjaringkan gol dalam satu perlawanan. Bekas pemain Deportivo Wanka di Peru.

6. Miklos Feher
Pemain Benfica ini meninggal akibat masalah jantung dalam perlawanan liga Portugal. Pemain asal Hungry ini meninggal pada usia 24 tahun.

7. Dave Longhurst
Pemain York City berumur 25 tahun ini meninggal selepas jatuh pengsan selama dua minit dalam perlawanan menentang Lincoln City pada September 1990. Hasil autopsi menunjukkan Longhurst meninggal akibat masalah jantung.

8. Samuel Okwaraji
Pemain Nigeria, Samuel Okwaraji pengsan semasa mewakili Nigeria dalam perlawanan kelayakan piala dunia pada bulan Ogos 1989. Disahkan meninggal kerana masalah jantung.

9. Serginho
Bek Sao Caetano ini meninggal dunia kerana mengalami masalah pernafasan semasa menentang Sao Paulo pada Oktober 2004.

Like FB Blog Sana Sini untuk update terkini!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...