13 October 2014

10 Haiwan Paling Kuat

Perbandingan ini hanyalah perbandingan relatif dengan berat dan saiz haiwan itu sendiri.

01. Kumbang Bertanduk

Bukan sahaja serangga terkuat, tetapi kumbang tanduk juga merupakan haiwan terkuat di dunia jika dibandingkan saiz badannya. Kumbang ini mampu mengangkat sehingga seberat 850 kali ganda berat badannya.

02. Gajah

Gajah merupakan mamalia terkuat. Dengan berat badannya yang boleh mencapai 12000 paun, gajah mampu mengangkat sehingga seberat 20000 paun, bersamaan dengan berat 130 orang dewasa.


03. Semut Daun

Semut ini boleh membawa benda 50 kali ganda berat badannya. Sama seperti seorang lelaki dewasa yang ingin mengangkat sebuah trak.

04. Gorilla

Haiwan ini mampu mengangkat sehingga 4600 paun, atau bersamaan 10 kali ganda berat badannya.

05. Burung Helang

Burung terkuat ini boleh membawa beban 4 kali berat badannya ketika sedang terbang.
Like FB BlogSanaSini utk update terkini
06. Harimau
 Mampu mengangkat mangsa seberat 2 kali ganda berat badannya. Berat seekor harimau boleh mencapai 600 paun.

07. Lembu (Bull)

Haiwan yang seberat 1300 paun ini mampu membawa dan menarik benda sehingga 1.5 kali ganda berat badannya.

08. Anaconda

Dikenali sebagai antara haiwan pemangsa yang paling menggerunkan, anaconda yang seberat sehingga 550 paun ini mampu membelit mangsa yang sama berat dengannya sehingga mati.

09. Kupang

Cengkerang haiwan ini mampu menahan benda berkali-kali berat badannya. Daya yang dihasilkan ketika membuka cengkerangnya juga agak besar.

10. Beruang

Beruang mampu mengangkat benda seberat 1500 paun, atau 0.8 kali ganda berat badannya.

Like FB BlogSanaSini utk update terkini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...