08 April 2012

Kreatif - Smart Dustbin

Pelbagai idea kreatif terhasil semata-mata untuk memudahkan kehidupan harian manusia dan  juga membantu untuk menjaga alam sekitar. Antaranya tong sampah yang 'berteknologi tinggi'. Walaupun tidak semuanya pratikal tetapi ianya merupakan sebuah inovatif yang menarik.

1. Touchless Automatic Trash Can
Dilengkapi dengan sensor infrared. Tong sampah akan terbuka apabila suatu objek dikesan dalam jarak 6 inchi. Penutup tong sampah akan tertutup secara automatik jika tiada objek yg dikesan dalam masa 3 saat.



2. Barcode Trashcan
Tahukah anda bahawa tidak semua bekas plastik boleh dikitar semula? Tong sampah ini dilengkapi alat pengimbas untuk menentukan sama ada bekas plastik itu boleh dikitar semula atau tidak.


3. Expanding Office Bin
Tong sampah yg boleh mengembang supaya dapat memuatkan lebih banyak sampah di dalamnya.


4. Ovetto Bin
 Berfungsi seperti tong kitar semula. Mempunyai 3 ruang dengan warna yang berbeza untuk jenis sampah yang berbeza.


5. Armstrong Bin
Tong sampah yang direka supaya kita boleh memampatkan kandungan didalamnya. 


6. Minus Trash Can
Tong sampah ini dikekalkan dibawah 0 darjah celcius. Tujuannya supaya bahan buangan dapur tidak mengeluarkan bau busuk sekaligus menjauhkannya daripada tikus atau serangga lain. Sesuai digunakan di tempat yang banyak haiwan 'pencuri'.

like FB Blog Sana Sini untuk update terkini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...