09 June 2011

Tatu gambar rakan Facebook

Inilah tatu gambar facebook kawan2nya di lengan

 
Seorang wanita mengambl keputusan mengingati semua rakan Facebooknya seramai 152 orang dengan mentatu gambar profil mereka pada lengannya.
Penggemar rangkaian sosial warga Belanda terbabit memuat turun rakaman video mengenai tatunya itu di YouTube.
Wanita yang menggunakan nama ‘Suzyj87’ menulis: “Selepas beberapa bulan bekerja, saya mahu menunjukkan kepada anda semua tatu sosial saya. Cantik, bukan? Saya cukup bangga dengannya. Harap anda sukakannya juga!” Bagaimanapun, sesetengah pengguna YouTube mempertikaikan sama ada rakan Facebooknya itu akan kekal seperti tatu itu.

“Tahniah atas tatu yang cantik itu. Harap anda terus berkawan dengan semua rakan anda dalam tempoh yang lama,” tulis seorang lelaki selepas menonton tindakan Suzyj 87 menerusi Youtube.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...