19 January 2012

Antara Movie Paling Kejam, Ngeri Dan Ganas

Movie-movie dibawah ni adalah antara movie yang paling ganas, kejam, ngeri, horror dan yang sewaktu dengannya.  Ada juga yang diharamkan di sesetengah negara. Ramai penonton berpendapat bahawa movie2 ini standardnya lebih tinggi daripada filem-filem seperti SAW, Hostel mahupun Final Destinationpun. Ini bagus untuk menguji ketahanan dan kemampuan otak anda menahan imaginasi yang melampau.

Cannibal (2006)
Ini adalah filem canibal yang diterbitkan pada tahun 2006. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang mencari mangsa untuk dimakan. Diadaptasi berdasarkan kisah benar.


Grotesque

Sebuah filem Jepun yang mengisahkan tentang sepasang kekasih yang diculik orang seorang lelaki. Selepas pasangan tersebut sedar dari pengsan, mereka sudah berada di sebuah tempat yang gelap.Kemudian, bermulalah babak-babak penyeksaan yang ngeri.

Flower of flesh and blood
Filem dari Jepun. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang berpakaian samurai yang menculik seorang perempuan dan kemudian membawa perempuan tersebut ke rumahnya. Selepas itu, lelaki tersebut mula memotong anggota badan perempuan tersebut. 

Men behind the sun
Sebuah filem Hong Kong yang mengisahkan tentang tentera Jepun yang membawa tahanan-tahanan Cina dan Russia ke unit 731. Tahanan-tahanan tersebut kemudiannya diseksa dan dijadikan bahan uji kaji.


Philosophy of a knife

Movie yang menceritakan tentang sejarah sebenar tentang unit 731. Filem ini mengandungi temu ramah, gambar-gambar lama dan juga lakonan semula yang sangat mengerikan tentang kejadian-kejadian yang pernah berlaku di unit 731.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...